SJK(C) Foon Yew 4, Johor Bahru
 
COUNTDOWN UPSR 2015
Maklumat Asas
Staff Email
Guest Book
Unique visitors:

since 1 Dec 2007
Kata Alu-Aluan Guru Besar
Encik Soh Lip Leong

 

 

Laman Web SJK(C) Foon Yew 4 mengandungi maklumat-maklumat penting mengenai sekolah yang boleh dijadikan rujukan bagi semua pihak yang perihatin terhadap sekolah ini. Mudah-mudahan semua yang dipaparkan itu dapat memberikan gambaran ringkas merangkumi prasarana, pengurusan dan pentadbiran sekolah , bidang kurikulum, kokurikulum serta hal ehwal murid sekolah ini.

Saya bersyukur kerana sekolah ini mendapat sokongan penuh dari pihak Lembaga Jemaah Pengelola Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru. Selama ini dua belah pihak telah menyumbangkan tenaga demi kemajuan dan kebajikan murid-murid sekolah ini. Permuafakatan semua pihak telah membawa kemesraan dan keharmonian yang membolehkan pengurusan sekolah dijalankan dengan licin. Saya yakin visi dan misi sekolah akan tercapai dengan kerjasama berterusan semua warga sekolah dan sokongan dari ibubapa murid. Dalam suasana yang kondusif semua warga sekolah ini dapat menumpukan tenaga menjalankan tugas masing-masing.

Semoga impian kita untuk melahirkan moral insan minda kelas pertama dapat merealisasikan selara dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru berkualiti mampu menjadi role model untuk membentuk generasi yang berilmu, inovatif, berdaya saing, berketrampilan, berakhlak mulia , cekal menghadapi cabaran serta semangat cinta akan negara.

Sebagai pemimpin sekolah, saya akan kekalkan budaya yang baik dan terus berusaha untuk mencipta sejarah. Saya berharap semua guru dan kakitangan sokongan dapat bangun sederap, mara sepakat demi kecemerlangan sekolah dan kejayaan dalam usaha menjana modal insan impian negara. Harapan saya juga semoga guru-guru dapat bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat penuh ikhlas untuk membela nasib murid kita.

Sekian, Terima kasih

Encik Soh Lip Leong
Guru Besar SJK(C) Foon Yew 4
Johor Bahru Johor.

 

Jam/kalendar 
Berita / Pengumuman Terkini

5-11-2016
Hacked

View All
Links
Frog width=
今日我以宽四为荣, 明日宽四以我为傲.
Copyright © 2007-2017 SJK(C) Foon Yew 4. All rights reserved. Designed & Maintained by SOONG AI LEAN