SJK(C) Foon Yew 4, Johor Bahru
 
COUNTDOWN UPSR 2015
Maklumat Asas
Staff Email
Guest Book
Unique visitors:

since 1 Dec 2007
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) - Pendahuluan
Pendahuluan Organisasi  

1. Pendahuluan:

Persatuan Ibu Bapa dan Guru  S.J.K ( C ) Foon Yew 4 telah ditubuhkan pada tahun 1974. Ia adalah sebuah pertubuhan dalaman yang diceburi secara sukarela dengan tujuan memberikan sumbangan serta kerjasama  kepada pihak sekolah, samada berbentuk wang, material maupun tenaga. PIBG juga sedia menghulurkan bantuan dalam meningkatkan mutu sekolah. Ahli-ahli persatuan ini terdiri daripada semua ibu bapa dan guru sekolah Foon Yew 4. Satu ahli jawatankuasa yang mengandungi 14 orang ahli  yang di lantik di Mesyuarat Agung telah diadakan untuk menjalankan tugas.

2. Tujuan:

2.1 Memainkan peranan untuk merapatkan perhubungan diantara ibu bapa, guru dan murid- murid

2.2 Untuk mengadakan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah.

2.3 Untuk membantu dan menambah usaha sekolah bagi memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-kegiatan mereka.

2.4 Untuk membolehkan ibu bapa dan guru-guru  bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya

2.5 Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru-guru  berunding  antara satu sama lain berkenaan  dengan cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya

2.6 Untuk menentukan supaya murid-murid memperolehi faedah maksima daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka

2.7 Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka, baik di rumah mahupun di sekolah

2.8 Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani.

3. Aktiviti Tahunan :

3.1 Mengadakan mesyuarat agung PIBG setiap tahun.

3.2 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan.

3.3 Memungut yuran/derma daripada semua ibubapa  dua kali setahun sebagai sumber kewangan PIBG.

3.4 Menjaga kebajikan guru-guru dan murid-murid.

3.5 Bekerjasama dengan pihak Jemaah Pengurus Sekolah untuk menjayakan projek pembangunan di sekolah.

3.6 Memberi sokongan dan subsidi kepada Kelab Guru Sekolah untuk menjalankan kegiatan seperti rombongan, kursus-kursus guru, jamuan-jamuan perayaan dan sebagainya.

3.7 Memberikan sumbangan dan sokongan kepada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kelima-lima buah SJK(C ) Foon Yew dan Sek.Men.Foon Yew.

3.8 Memberi sumbangan kepada badan-badan beruniform, persatuan dan kelab permainan sekolah supaya semua aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.

3.9 Memberi sumbangan kepada Sukan Tahunan Sekolah

3.10 Mengadakan kelas-kelas tambahan dan kelas komputer untuk meningkat mutu pelajaran pelajar.

3.11 Memberi kemudahan bilik-bilik khas sekolah seperti perpustakaan, bilik muzik, bilik sains dan kemahiran hidup, bilik komputer dan pusat sumber.

3.12 Memasangkan hawa dingin di bilik-bilik khas.

Penutup :

Kegiatan PIBG dapat dijalankan dengan licin dan lancar dibawa pimpinan yang bijaksana serta sokongan yang kuat dari semua pihak.  PIBG SJK ( C ) Foon Yew 4 akan terus memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan lagi imej sekolah.

Jam/kalendar 
Berita / Pengumuman Terkini

5-11-2016
Hacked

View All
Links
Frog width=
今日我以宽四为荣, 明日宽四以我为傲.
Copyright © 2007-2017 SJK(C) Foon Yew 4. All rights reserved. Designed & Maintained by SOONG AI LEAN