SJK(C) Foon Yew 4, Johor Bahru
 
Maklumat Asas
Foon Yew 4 Forums
Staff Email
Guest Book
Unique visitors:

since 1 Dec 2007
Sejarah Sekolah

Sekolah Foon Yew telah ditubuhkan pada 15.01.1913 dab terletak di Jalan Trus. Pada masa itu, ia merupakan tempat kediaman En Tan Xi Nian yang disewa daripada Tuan Hassan untuk kegunaan sekolah. Guru Besar yang pertama ialah En. Lim Mu Qing. Antara printis-printis sekolah Foon Yew ketika itu ialah En Wong Xi Chu, En Lou Yu Sheng, En Tee Ya Kiat dan En Tan Ying Siong.

Pada tahun 1917, bilangan murid telah bertambah. Oleh hal yang demikian pihak sekolah telah membeli sebuah banglo di alamat 77, Jalan Trus, Johor Bahru untuk dijadikan tapak sekolah. Pemangku Guru Besar ketika itu ialah En Lim Mu Qing. Pada bulan Januari 1918, bangunan sekolah ini mula digunakan. Pada tahun 1919, En Wang Feng Lai menjadi Guru Besar. Pada masa itu juga Pasukan Pengakap sekolah mula ditubuhkan.

Pada tahun 1925, Syarikat Ngee Heng mendermakan wang sebanyak RM20,000 untuk membeli tiga pintu rumah kedai lalu disewakan. Wang sewaan itu telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan sekolah. Pada 23 Jun 1925, En Er Po Chuan dan beberapa orang ahli jawatankuasa mengadakan persembahan drama di Pontian untuk mengutip derma bagi mengisi tabung sekolah.

Pada tahun 1928, pengerusi jawatankuasa pengelola iaitu En Er Po Chuan membuat keputusan untuk membeli sebidang tanah lapang di belakang bangunan sekolah asal bagi membina sebuah dewan dan bilik darjah bagi menampung bilangan murid baru sekolah ini. Pada masa yang sama jSekolah Menengah Foon Yew ditubuhkan.

Mengikut Akta Kerajaan, Sekolah Rendah Foon Yew dan Sekolah Menengah Foon Yew terpaksa diasingkan pada tahun 1958. Sekolah Menengah Foon Yew tidak akan diberi sebarang bantuan daripada pihak kerajaan. Manakala Sekolah Rendah Foon Yew ditukar kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Foon Yew. Pada tahun 1960, SJK(C) Foon Yew 1 sesi pagi dan petang dipecahkan. Sesi petang ditukarkan menjadi SJK(C) Foon Yew 4 pada masa itu beralamat di 77,Jalan Trus, Johor bahru.

Pada bulan Januari 1983, SJK(C) Foon Yew 1 telah dipindah ke bangunan baru di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, manakala sekolah SJK(C) Foon Yew 4 kekal di Jalan Trus. Pada tahun 1988, tapak bangunan SJK(C) Foon Yew 4 telah dibeli oleh PKENJ untuk projek pembangunan bandar Johor Bahru. Oleh itu, SJK(C) Foon Yew 4 terpaksa dipindah. Sebidang tanah yang seluas 5 ekar telah dibeli oleh Jawantankuasa Pengelola dari Kerajaan Negeri Johor. Tanah ini terletak di Jalan Datin Halimah ( sekarang digelar Jalan Cenderasari ).
Harga pembelian adalah sebanyak RM 653,500.00

Pada 1 Ogos 1988, kerja pembinaan dimulakan. Bangunan baru SJK(C) Foon Yew 4 mempunyai 3 blok. Setiap blok mempunyai 3 tingkat. Bangunan ini disiapkan pada 25 Disember 1988 dan SJK(C) Foon Yew 4 berpindah ke bangunan baru ini pada hari yang sama. Pada 1 Januari 1989, murid-murid mula belajar di bangunan baru ini.
Sementara itu, projek-projek pembinaan masih diteruskan.

Bangunan baru SJK(C) Foon Yew 4 tersergam indah di atas sebuah bukit. Pemandangan di sekeliling sekolah yang indah permai itu telah menjadikan ianya suatu tempat pembelajaran yang ideal.

Jam/kalendar 
Berita / Pengumuman Terkini

10-1-2013
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2013

1-10-2013
Kejohanan Olahraga SJK(C) Foon Yew 4 2013

1-10-2013
Peperiksaan Akhir Tahun Persekolahan 2013

1-10-2013
Perlancaran Terbitan Majalah Foon Yew

1-10-2013
Hari Penyampaian Sijil & Anugerah

1-10-2013

1-10-2013
Sistem Analisa Kompentensi ICT

11-11-2013
Frog Website Link

View All
Countdown
Links
Laman Web SJK(C) Foon Yew 4 - versi Chinese
今日我以宽四为荣, 明日宽四以我为傲.
Copyright © 2007-2014 SJK(C) Foon Yew 4. All rights reserved. Designed & Maintained by SOONG AI LEAN